Tarikh : Mei - Jun 2011
Tempat : Semua mukim didalam DUN Kok Lanas
Bagi meraikan minat dan hobi generasi belia terhadap sukan, maka Penyelia DUN Kok Lanas, Hj. Nik Mahadi Nik Mahmood telah menyusun satu jadual untuk mengadakan "Sukan Rakyat" yang melibatkan belia setiap mukim yang berada didalam DUN Kok Lanas. Program yang bermula dari bulan Mei hingga Jun 2011 mensasarkan penglibatan belia didalam aktiviti yang telah dirancangkan iaitu sukan Bola Sepak dan Sepak Takraw. Ianya bertujuan melahirkan generasi yang cerdas dan bebas dari sebarang gejala sosial yang akan membinasakan mereka dan juga anggota masyarakat. Belia yang ditemui menyambut baik penganjuran program seumpama ini dan dan diharapkan ianya diteruskan lagi pada masa-masa yang akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment