Tarikh : Mei - Jun 2011
Tempat : Semua mukim didalam DUN Kok Lanas
Bagi meraikan minat dan hobi generasi belia terhadap sukan, maka Penyelia DUN Kok Lanas, Hj. Nik Mahadi Nik Mahmood telah menyusun satu jadual untuk mengadakan "Sukan Rakyat" yang melibatkan belia setiap mukim yang berada didalam DUN Kok Lanas. Program yang bermula dari bulan Mei hingga Jun 2011 mensasarkan penglibatan belia didalam aktiviti yang telah dirancangkan iaitu sukan Bola Sepak dan Sepak Takraw. Ianya bertujuan melahirkan generasi yang cerdas dan bebas dari sebarang gejala sosial yang akan membinasakan mereka dan juga anggota masyarakat. Belia yang ditemui menyambut baik penganjuran program seumpama ini dan dan diharapkan ianya diteruskan lagi pada masa-masa yang akan datang.
Program Cakno Warga Emas Dun Kok Lanas
Tarikh : 8 April - 18 Jun 2011
Tempat : Semua mukim didalam DUN Kok Lanas
Program berkenaan diadakan secara berkala mengikut jadual yang telah disusun bagi memastikan ianya menyeluruh dan berjaya mendekati sasaran yang telah ditetapkan. Tujuan program ini adalah untuk menyantuni dan mendekati golongan warga emas secara lebih rapat lagi supaya kebajikan mereka dari segi material dan emosi terjaga. Walaupun ada dikalangan mereka yang telah uzur dimamah usia, namun tanggungjawab untuk membela nasib mereka tetap terpikul diatas bahu mereka yang berkenaan sama ada rela ataupun tidak. Sehubungan dengan itu, Penyelia DUN Kok Lanas Hj. Nik Mahadi Nik Mahmood telah mengambil inisiatif merangka satu program yang dinamakan sebagai "Program Cakno Warga Emas" bagi merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri Kelantan sebagai negeri yang berkebajikan khususnya terrhadap warga emas. Antara pengisian sempena program ini ialah ziarah mahabbah, penyampaian sumbangan,gotong-royong dan dialog santai bersama dengan orang lama. Semua mukim didalam DUN Kok Lanas terlibat dan ianya mengambil masa selama tiga bulan bagi menyelesaikan program ini. Walaupun begitu,secara umumnya program ini adalah antara program tetap DUN dan ianya tetap diadakan sepanjang masa demi kebaikan serta kesejahteraan masayarakat semua.

Subscribe to:
Posts (Atom)