Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tarbiyyah Asas Perjuangan

Bismillahirahmanirahim.

"Tarbiyah bukan segala-galanya tetapi segala-galanya bermula dari tarbiyyah"

Perkataan yang sentiasa diulang bicara dalam majlis usrah, tamrin, mukhayyam dan sebagainya adalah tarbiyyah. Ada yang berjaya menjadikannya sebagai suatu yang praktikal dan hidup seiring dengan pendokongnya. Namun tidak kurang juga yang beranggapan ianya adalah retorik semata-mata dan inilah yang sering terjadi mutakhir ini. Generasi awal menekankan konsep dan cara pelaksanaannya yang konsisten tanpa membesar-besarkan propaganda atau bicara kosong yang kurang bernilai. Mereka benar-benar memahami berkaitan ancaman Allah S.W.T. terhadap golongan yang bercakap tanpa diiringi dengan amalan yang mampu untuk dilakukan. Keikhlasan yang telah menunjang kedalam sanubari pejuang agama Allah S.W.T. membuatkan mereka sentiasa istiqomah semasa membawa mesej Islam keserata dunia. Walaupun di caci, mereka bersabar. Apabila difitnah, perlindungannya hanyalah dari Allah S.W.T. Dalam kesempitan, janji-janji Illahi lah penawarnya.Ketika ditanya bagaimana mampu untuk berbuat demikian, dia hanya menjawab dengan kata-kata : "ridhoka mathlubi (keredhaan Allah sahajalah yang menjadi matlamatku)".

Menyoroti situasi yang terjadi dewasa ini, maka dapat dilihat ramainya orang yang petah berbicara berbanding dengan mereka yang beramal. Kalaupun beramal, tidak ramai yang mampu berbangga dengan amalnya yang tersembunyi tanpa diketahui oleh orang yang lain. Bukanlah bermaksud untuk bersikap pesimis tetapi ianya penting sebagai pengajaran bagi menjana perubahan yang menyeluruh didalam kehidupan.

bersambung....

(PUSAT TARBIYYAH AS-SOHABAH)

2 comments:

Anonymous said...

gi x PRK Tenang?

Pemuda KL said...

Bila sek kito nak gi perang nyo? ambo lama dah tunggu ni.

Post a Comment