Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Dua Cinta Yang Tidak Mungkin Bersatu


حُبَّان لاَ يَجْتَمِعَان فيِ وَقْتِ وَاحِد  
 Dua kecintaan tidak bersatu pada satu masa

حُبُّ الله ، وَحُبُّ المَعَصِي 
 Kecintaan pada Allah dan kecintaan pada maksiat

حُبُّ الجِهَاد ، وَحُبُّ الرَاحَة 
Kecintaan pada jihad dan kecintaan pada kerehatan

حُبُّ التَضْحِيَة ، وَحُبُّ الْمَال 
Kecintaan pada pengorbanan dan kecintaan pada harta benda

حُبُّ الحَق ، وَحُبُّ البَاطِل 
Kecintaan pada kebenaran dan kecintaan kepada kebatilan

حُبُّ السَّلاَم ، وَحُبُّ الاِنْتِقَام 
Kecintaan pada kedamaian dan kecintaan pada dendam

حُبُّ الإِصْلاَح، وَحُبُّ الفَرَح 
Kecintaan pada reformasi dan kecintaan pada kesenangan

حُبُّ العَدْل ، وَحُبُّ الظَالِم 
Kecintaan pada keadilan dan kecintaan pada kezaliman

حُبُّ الخَيْر ، وَحُبُّ الفَسَاد
 
Kecintaan pada kebaikan dan kecintaan pada kefasidan

Jika Sekiranya Kamu Mencintai

 
# إِذَا كُنْتَ تُحِبّ #
#Jika sekiranya kamu menyintai…..#


إذا كنت تحب السُرُوْرَ فيِ الحَيَاةِ # فَاحْفَظ بِصِحَّتِكَ
Jika kamu menyintai kegembiraan dalam kehidupan # maka jagalah kesihatanmu

إِذَا كُنْتَ تُحِبّ السَعَادَة فيِ الحَيَاةِ # فَاحْفَظ بِخُلُقِكَ

Jika kamu menyintai kebahagiaan dalam kehidupan # maka jagalah akhlakmu

إِذَا كُنْتَ تحُِبّ الخُلُود فيِ الحَيَاة # فاحفَظ بِعَقْلِكَ
Jika kamu menyintai keabadian dalam kehidupan # maka jagalah akalmu

إِذَا كُنْتَ تُحِبّ ذَلِكَ كُلّه # فَاحْفَظ بِدِيْنِكَ

Jika kamu menyintai kesemuanya # maka jagalah agamamu

Sajak Aminah Qutb Buat Bakal Suami


Sekiranya 
kita cinta kepada manusia
tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya


Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai


Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga


Ya Allah
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku


Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua


Namun
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan
agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Dikau berikan kepadaku..