Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Mesyuarat Perkampungan Pendidikan Parlimen Ketereh 2011

Tarikh   : 21 Jun 2011
Tempat  : Kolej Yayasan Islam Kelantan (KOYIK)

Alhamdulillah satu mesyuarat berkenaan dengan Perkampungan Pendidikan Parlimen Ketereh 2011 kali terakhir telah mencapai kata sepakat yang positif dari semua pihak. Insya Allah, ianya kan berjalan sebagaimana yang telah dirancang. (Insan Tadbir, Allah Taqdir).

Objektif program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara warga pendidik YIK dalam Parlimen Ketereh dengan masayarakat setempat. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menyampaikan mesej dasar kerajaan negeri kepada rakyat tempatan.

Ianya dijalankan selama satu hari iaitu pada 25 Jun 2011 (Sabtu) bertempat di Kolej Yayasan Islam Kelantan. Lima aktiviti telah dirangka iaitu  :-

1.  Pembentangan kertas kerja pendidikan
2.  Ziarah Mahabbah
3.  Sukan Rakyat
4.  Futsal Muhibbah
5. Forum Perdana

Semoga mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah S.W.T.